KEPAKARAN KAMI ADALAH DALAM MEMBANTU IBU-IBU MENYUSU DAN HAMIL (MENGANDUNG) DENGAN MEMBANYAKKAN SUSU IBU, MENINGKATKAN TENAGA DAN MEMUTIHKAN KULIT. "PROVE LOUDER THAN SPEAK " BLOG INI JUGA BERKONGSI INFO AMALAN KETIKA IBU HAMIL, BERPANTANG DAN MENYUSU SERTA TIPS KEIBUBAPAAN (PERENTING)

Rabu, 19 April 2017

PETUA DAPAT BAYI COMEL


Setiap ibu-bapa mesti sentiasa berdoa agar anak yang dikandungnya dilahirkan sempurna cukup sifat dan rupa parasnya. Malah berdoa agar anak yang dilahirkan menjadi yang terbaik dan hadiah dari yang maha Esa.
.

Berikut sedikit tips untuk mendapatkan bayi dan comel :


  • minum air kelapa
.
Minum air kelapa asli ketika usia kandungan memasuki TUJUH bulan. Selain membuatkan kulit bayi menjadi cantik mulus dan cerah, ianya juga membantu melebatkan rambut dan membersihkan bayi dalam kandungan.
.
  • kerap melihat gambar bayi comel.
.
Orang-orang lama kata ibu hamil akan kenal kenan gambar bayi yang setiap hari dilihatnya. Mungkin benar, mungkin tidak. Namin tidak salah jika anda mencubanya kan?
.

  • amal surah Yusuf dan surah Maryam.
.
Surah yang disaranakn untuk ibu hanil ialah surah yusuf, surah maryam dan surah luqman. Namun, jangan pula dihentikan selepas melahirkan. Teruzkan sahaja amalan mengaji dan jadikan rutin setiap hari sampai bila-bila.
.
Dan...of cos kita kena kunyah-kunyah milk up candy sebiji pagi dan malam setiap hari. Susu kambing dan delima berfungsi menjadikan kulit bayi cerah dan sangat mulus. Bahan lain seperti kurma ajwa, habatusauda, omega 3, gam arab, hal etc membantu perkembangan imunisasi dan otak bayi bijak dan cerdas.
.
Crdt : diananasir

5 Tips Mencairkan Susu Perahan (EBM) Beku


cara untuk cairkan susu perahan

Tahukah mommies..kalau salah cara cairkan susu badan nanti segala zat nutrisi dalam susu tersebut bole hilang. Sayangnyee! ðŸ˜±.

 Jadi, jom ikuti 5 langkah yang TEPAT mencairkan susu perahan ibu (ebm).
.
1) Ambil ebm mengikut tarikh yang paling awal dilabel pada bekas. Turunkan ebm dari peti sejuk beku (freezer) ke bahagian peti dingin (chiller) pada sebelah malam agar susu dapat dicairkan secara pelahan dibawah 4'C. Ini dapat mempercepatkan proses pemanasan susu bila diperlukan.
2) Bila nak bagi anak, ambil sebekas dan lalu dibawah air pili seketika.
3) Rendam dalam air suam atau warmer pada suhu di bawah 40'C.
4) Jangan gunakan ketuhar untuk memanaskan susu ibu.
5) Susu yang telah dipanaskan perlu dihabiskan dalam tempoh 3-4 jam. Dan ebm yang telah dicairkan di dalam chiller tak boleh disimpan semula ke bahagian freezer dan perlu digunakan dalam tempoh 24 jam.
Senang je kan? Moga bermanfaat!
#tipsmilkupcandy

Bagaimanakah ingin tahu jika bayi bermimpi dan kaitannya sering berjaga di waktu malam.


“Bayi telah lama mendengar bunyi dan suara keluarga kita melalui dinding uterus (rahim) dua bulan sebelum dilahirkan. Jangan bimbang bising sehingga berjengket-jengket bergerak dalam rumah di siang hari, sebab bunyi-bunyian keluarga yang dikenali itu amat menenangkan bayi .“

Pernah dengar lagu twinkle-twinkle little star? Ianya menjadi lagu klise yang sering dinyanyikan mummy daddy untuk menidurkan si comel. Tipulah jika kita tidak pernah menyanyikan lagu indah ini pada bayi kita.

Fasa-fasa tidur menjelma dalam bayi sebelum mereka dilahirkan. Bayi telahpun mengalami tidur mimpi semasa dia dalam uterus apabila kita mengandung enam atau tujuh bulan. kita akan dapat melihat perbezaan antara tidur mimpi dan tidur bebas/mimpi yang dimanifestikan olehnya dengan mudah.

Dalam tidur mimpi, kita boleh lihat matanya melompat ke depan dan ke belakang di bawah kelopak mata, manakala lain bahagian badan berdiam tetapi kadangkala berlaku sentakan, di samping pernafasan yang tidak teratur.

Dalam tidur tanpa mimpi, atau tidur lena, bayi akan bernafas secara mendalam dan teratur, kadangkala dengan kelohan. Dia akan berbaring diam-diam, dengan melakukan gerakan kecil mulut menghisap atau tergeramang dengan tiba-tiba. Gerakan tergeramang keseluruhan badan secara tiba-tiba ini diberi nama kejutan hipnagogik dan adalah normal.
.
Bagaimanakah tidur bayi berubah.
.
Antara tiga bulan dan setahun bayi akan tidur lebih banyak lagi di waktu malam dan semakin kurang di waktu siang. Pada tiga bulan secara purata, dia akan tidur dua kali lebih banyak di waktu malam berbanding siang.
.
Tempoh tidur sekejap waktu siang akan menjadi lebih panjang dan kurang kerap menjelang enam bulan. Pada masa ini, kebanyakan bayi tidur 12 jam di waktu malam, dengan bangun sebentar hanya sekali-sekala dan di siang hari dia tidur dua kali selama satu atau dua jam.
.
Menjelang 12 bulan kebanyakan bayi tidur sejumlah 12 hingga 14 jam, termasuk tidur siang sekali. Pada tahun berikutnya, tidur siang mungkin tiada lagi.
.
Ritma tidur natural bayi .
.
Kebanyakan bayi secara fizikal mampu tidur sepanjang malam dari umur enam bulan, walaupun terdapat variasi besar antara bayi. Bayi baru lahir pun sudah pernah mengalami malam yang panjang dan sepi.

kitaran tidur-berjaga bayi ada kaitannya dengan ritma penyusuan hariannya, suhu badan dan pengeluaran hormon. Semua ini mempengaruhi kitaran biologi natural, yang dilalui oleh badan kita setiap 24 jam. Kita tertidur apabila tahap hormon adrenal dan suhu jatuh, kemudian kita bangun dari tidur apabila tahap hormon dan suhu badan naik kembali.

Sebenarnya agak susah untuk tidur apabila tahap hormon dan suhu badan kita tinggi dan sukar juga untuk bangun berjaga jika ianya rendah. Inilah sebabnya kita mendapat gangguan ritma harian apabila kita merentasi zon-zon waktu dengan penerbangan udara, dan mengapa pekerja syif perlu berlatih supaya dapat mengatasi keperluan waktu kerja mereka yang luarbiasa.

Setengah individu lebih cekap mengatur ini dari lain, yang juga menjelaskan mengapa sebilangan ibu dan bapa mengalami lebih banyak masalah mengendalikan bayi yang bangun malam berbanding ibubapa lain.
.

Kaitan susu ibu dan tidur lena.
.
.
Sama seperti kita, bayi berusia lebih dari tiga bulan perlu mempelajari bagaimana menutupkan sistem pencernaan mereka di waktu malam dan belajar bangun untuk sarapan pagi pada masa yang sama setiap hari. Sistem mereka akan menjadi bercelaru jika mereka memang mengharapkan akan dapat sebotol susu untuk membantu tidur di waktu malam. Yang menenangkan mereka ialah menghisap, tetapi susu yang dimakan perlu dicernakan juga.


Tips untuk bayi tidur lena.
.
.
Pendekatan yang lebih praktikal ialah untuk mula mengasingkan penyusuan daripada tidur pada usia lebih kurang tiga bulan. Jika anda menyusu badan, cuba berikan bayi anda penyusuan akhir lebih awal di malam hari, atau di permulaan rutin tidur. Sebagai sahabat ibu, milk up candy mestilah di kunyah 2biji 1jam sebelum ibu-ibu menyusu untuk memekatkan dan menggalakkan pengeluaran susu. Bayi kita akan tidur kekenyangan sehingga keadaan bising di sekitarnya tidak mampu untuk mengejutkan lena mereka.

Jangan lupa, beri ciuman selamat malam dan tinggalkan bilik. Jika perlu, jenguk masuk sekali-sekala dan sebut-sebutkan kata-kata tenang dan tepuk-tepukkan dia sehingga dia terus terlena. semoga bermanfaat

jom klik :


Bahaya ke menyusu badan ketika hamil?

bahaya ke menyusu badan ketika hamil? Eh, anak kecil lagi dah mengandung lagi? Susu badan pun masih belum lepas. Macam mana nak bua...