“Bayi telah lama mendengar bunyi dan suara keluarga kita melalui dinding uterus (rahim) dua bulan sebelum dilahirkan. Jangan bimbang bising sehingga berjengket-jengket bergerak dalam rumah di siang hari, sebab bunyi-bunyian keluarga yang dikenali itu amat menenangkan bayi .“
Pernah dengar lagu twinkle-twinkle little star? Ianya menjadi lagu klise yang sering dinyanyikan mummy daddy untuk menidurkan si comel. Tipulah jika kita tidak pernah menyanyikan lagu indah ini pada bayi kita.
Fasa-fasa tidur menjelma dalam bayi sebelum mereka dilahirkan. Bayi telahpun mengalami tidur mimpi semasa dia dalam uterus apabila kita mengandung enam atau tujuh bulan. kita akan dapat melihat perbezaan antara tidur mimpi dan tidur bebas/mimpi yang dimanifestikan olehnya dengan mudah.
Dalam tidur mimpi, kita boleh lihat matanya melompat ke depan dan ke belakang di bawah kelopak mata, manakala lain bahagian badan berdiam tetapi kadangkala berlaku sentakan, di samping pernafasan yang tidak teratur.
Dalam tidur tanpa mimpi, atau tidur lena, bayi akan bernafas secara mendalam dan teratur, kadangkala dengan kelohan. Dia akan berbaring diam-diam, dengan melakukan gerakan kecil mulut menghisap atau tergeramang dengan tiba-tiba. Gerakan tergeramang keseluruhan badan secara tiba-tiba ini diberi nama kejutan hipnagogik dan adalah normal.
.
Bagaimanakah tidur bayi berubah.
.
.
Antara tiga bulan dan setahun bayi akan tidur lebih banyak lagi di waktu malam dan semakin kurang di waktu siang. Pada tiga bulan secara purata, dia akan tidur dua kali lebih banyak di waktu malam berbanding siang.
.
Tempoh tidur sekejap waktu siang akan menjadi lebih panjang dan kurang kerap menjelang enam bulan. Pada masa ini, kebanyakan bayi tidur 12 jam di waktu malam, dengan bangun sebentar hanya sekali-sekala dan di siang hari dia tidur dua kali selama satu atau dua jam.
.
Menjelang 12 bulan kebanyakan bayi tidur sejumlah 12 hingga 14 jam, termasuk tidur siang sekali. Pada tahun berikutnya, tidur siang mungkin tiada lagi.

Ritma tidur natural bayi .
.
.
Kebanyakan bayi secara fizikal mampu tidur sepanjang malam dari umur enam bulan, walaupun terdapat variasi besar antara bayi. Bayi baru lahir pun sudah pernah mengalami malam yang panjang dan sepi.
kitaran tidur-berjaga bayi ada kaitannya dengan ritma penyusuan hariannya, suhu badan dan pengeluaran hormon. Semua ini mempengaruhi kitaran biologi natural, yang dilalui oleh badan kita setiap 24 jam. Kita tertidur apabila tahap hormon adrenal dan suhu jatuh, kemudian kita bangun dari tidur apabila tahap hormon dan suhu badan naik kembali.
Sebenarnya agak susah untuk tidur apabila tahap hormon dan suhu badan kita tinggi dan sukar juga untuk bangun berjaga jika ianya rendah. Inilah sebabnya kita mendapat gangguan ritma harian apabila kita merentasi zon-zon waktu dengan penerbangan udara, dan mengapa pekerja syif perlu berlatih supaya dapat mengatasi keperluan waktu kerja mereka yang luarbiasa.
Setengah individu lebih cekap mengatur ini dari lain, yang juga menjelaskan mengapa sebilangan ibu dan bapa mengalami lebih banyak masalah mengendalikan bayi yang bangun malam berbanding ibubapa lain.
.
Kaitan susu ibu dan tidur lena.
.
.
Sama seperti kita, bayi berusia lebih dari tiga bulan perlu mempelajari bagaimana menutupkan sistem pencernaan mereka di waktu malam dan belajar bangun untuk sarapan pagi pada masa yang sama setiap hari. Sistem mereka akan menjadi bercelaru jika mereka memang mengharapkan akan dapat sebotol susu untuk membantu tidur di waktu malam. Yang menenangkan mereka ialah menghisap, tetapi susu yang dimakan perlu dicernakan juga.
Tips untuk bayi tidur lena.
.
.
Pendekatan yang lebih praktikal ialah untuk mula mengasingkan penyusuan daripada tidur pada usia lebih kurang tiga bulan. Jika anda menyusu badan, cuba berikan bayi anda penyusuan akhir lebih awal di malam hari, atau di permulaan rutin tidur. Sebagai sahabat ibu, milk up candy mestilah di kunyah 2biji 1jam sebelum ibu-ibu menyusu untuk memekatkan dan menggalakkan pengeluaran susu. Bayi kita akan tidur kekenyangan sehingga keadaan bising di sekitarnya tidak mampu untuk mengejutkan lena mereka.

Jangan lupa, beri ciuman selamat malam dan tinggalkan bilik. Jika perlu, jenguk masuk sekali-sekala dan sebut-sebutkan kata-kata tenang dan tepuk-tepukkan dia sehingga dia terus terlena. semoga bermanfaat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan :