![]() |
bahaya ke menyusu badan ketika hamil? |
Eh, anak kecil lagi dah mengandung lagi? Susu badan pun masih belum lepas. Macam mana nak buat ni? Ramai antara kita yang bimbang untuk meneruskan penyusuan apabila hamil yang seterusnya sebelum anak capai umur 2 tahun. Kita terlalu di mogokkan dengan cerita-cerita pelik tanpa selidik dengan yang lebih pakar.
Bahaya ke tak sebenarnya? Dengan bukti kajian saintifik, menyusu badan ketika hamil adalah selamat. Melainkan jika pernah mengalami masalah kesuburan atau kehamilan atau termasuk yang berisiko.
Antara cabaran menyusu ketika hamil ialah :
1. Kontraksi atau pengecutan rahim semasa proses penyusuan.
Badan kita akan merembeskan hormon oksitoksindan inilah juga hormone yang membantu proses bersalin. Jangan cepat salah faham. Kajian saintifik membuktikan rahim wanita tidak akan bertindak balas terhadap oksitoksin ini sebelum mencecah akhir kehamilan iaitu sekitar 37 minggu.
2. Keletihan berganda.
Pengambilan kalori yang secukupnya sangat membantu memberi tenaga bagi menjayakan penyusuan ketika hamil.
3. Susu badan merundum.
Jumlah susu badan akan berkurang apabila usia kandungan mencecah 4-5 bulan. Susu badan juga akan bertukar rasa dan anak kita pasti sedar kelainannya dan ini akan membuatkan bayi tidak mahu menyusu badan hingga cerai susu dengan sendirinya.
4. Risiko puting melecet.
Pada awal kehamilan,perubahan hormon menyebabkan puting jadi sensitif. Hanya kita yang tahu betapa sakitnya bila terjadi. Tuamkan puting yang melecet dengan pek ais untuk melegakan kesakitan. Sebagai tambahan, uolls juga boleh cuba meletakkan aloe vera atau oral gel yang selamat di makan supaya luka cepat sembuh.
Boleh juga bantu penyusuan ketika hamil dengan #milkupcandy yang di rumus penuh kebaikan dan khasiat daripada makanan-makanan Sunnah. Lebih-lebih lagi dengan habbatussauda'. Pasti banyak manfaat yang di peroleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan :