AIR KOSONG UNTUK BAYI. PERLU KE TAK?
Air kosong boleh di beri selepas baby berusia enam bulan. Baby yang baru lahir hingga yang berusia enam bulan, pemakanan terbaik adalah susu ibu. Susu ibu sahaja dah cukup bagi baby pada usia ini. Menurut sebuah artikel Reuters, kajian mengesahkan bayi minum air kosong terdedah kepada keadaan yang di sebut 'oral water intoxication'. Secara ringkasnya, ia adalah satu penyakit di mana badan mengalami kekurangan garam di sebabkan bayi minum terlalu banyak air kosong. Kehadiran terlalu banyak air akan mencairkan darah dan dalam masa yang sama juga akan mengurangkan paras garam ke paras kritikal.
Selain itu, bayi berisiko dan mudah terkena jangkitan. Air kosong boleh di beri selepas bayi berusia enam bulan dan apabila mula menerima makanan berbentuk pepejal. Jika di bandingkan daripada sumber berkhasiat, susu adalah lebih berkhasiat berbanding air kosong yang tidak mempunyai apa-apa nilai kalori dan nutrisi bagi menyokong tumbesaran dan perkembangan bayi.
Pasti ada antara kita bimbang kerak susu pada lidah bayi kan? Bagi mengelakkan kesan susu pada lidah bayi, kain lembut yang basah boleh di gunakan bagi mengganti air kosong.
Apa pun, bergembiralah dan nikmatilah saat penyusuan. Sentiasa positif dengan hasil susu dan usaha memperbanyakkan susu. #milkupcandy antara jalan terbaik buat ibu yang mahu penyusuan kekal hingga anak mencapai usia 2 tahun. Dengan 2 biji sekali kunyah, ibu boleh dapatkan susu melimpah-limpah sampai baju basah! Semoga manfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan :