Bila mana kita sendiri merasakan kehamilan hinggalah menyusukan, baru kita tahu macam mana yang ibu kita alami. Bukan mudah tapi cekalnya hati seorang ibu merasai peritnya sakit yang tak akan mampu kita balas. Sebab itu besar ganjaran pahala buat seorang ibu. Lebih-lebih lagi saat bertarung nyawa melahirkan penyambung keturunan. Ganjaran pahala syahid sekiranya ibu putus nyawa ketika melahirkan. Alangkah besar ganjaran yang di terima.
Ibu yang selamat dan sihat sambung pula menyusukan anak. Bermacam-macam dugaan. Hati rasa tak kuat pun masih juga tempuh demi membesarkan anak dengan hasil susu ibu yang terbaik ini. Kadang di uji kekeraan haus. Kenapa boleh jadi begitu?
Ada sejenis hormon iaitu hormon oxytocin meransangkan pengeluaran garam sodium dikeluarkan dari dalam ginjal. Garam Sodium ini kemudiannya akan menarik lebih banyak air dari tubuh kita.Ia akan meluru keluar melalui ginjal bersama-samanya. Oleh sebab itu, adakalanya hormone oxytocin yang dikeluarkan itu menyebabkan wanita atau ibu yang breast feeding bayi akan mudah mengumpul air kencing dan jadikan pundi kencing penuh lantas cepat sangat mahu membuang air.
Oleh kerana air kencing banyak yang dah dikeluarkan dengan proses osmoregulation, dalam keadaan dimana tubuh mengalami kekurangan air akan menyebabkan rasa haus! Ini juga akan menyebabkan keadaan kulit dan bibir boleh menjadi kering.
Jadi kesimpulannya, proses menyusukan anak ini, bukanlah suatu proses yang mudah. Berbanggalah sekiranya boleh menyusukan anak dengan jayanya. Tambahkan mood anda dengan #milkupcandy. Lancar penghasilan susu, ibu tak ragu-ragu. Jadikan penyusuan sebagai jihad seorang ibu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan :